BAHAYA GMO!!! | BOX4HEALTHCARE

Sunday 23 February 2014

BAHAYA GMO!!!


MENARIKKAN???

Beli buah limau sunkis tapi dalam ada buah kiwi.. wowww, best dan menarik..rasa dah tntu sedap sbb kombinasi oren sunkis dan kiwi.. TETAPI, pernah ke kita pikir kesan negatif dari pengubahsuaian makanan seperti ni???


GMO??? xpernah dengar GMO??? Apa tu GMO??? Bahaya ke??? 

GMO ialah singkatan untuk Genetically Modified Organism atau orang melayu sebut Organisma Ubahsuai Genetik.. GMO adalah pengubahsuaian genetik tehadap benda hidup dan selalunya ialah sumber makanan seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya dengan menggunakan teknik kejuruteraan genetik..

Ini bertujuan untuk penambahbaikkan mutu makanan tersebut kepada lbih atau super duper baik..tidak mudah dijangkiti penyakit dan tidak di makan ulat adalah tujuan utama..Penambahbaikan terhadap sumber makanan seharian kita dan ini memberikan kesan negatif kepada alam sekitar dan kepada pemakan makanan itu sendiri iaitu manusia..rasa memang sedap tetapi penyakit pun senang nak dapat dan tiak hairan kenapa zaman sekarang hospital penuhu org sakit dan kadang kala tidak dapat tau apa penyakit seseorang itu.. 

Antara makanan yg sering dikaitkan dengan GMO ialah jagung... tengok isinya, cantik dan sama saiz dan bilangan utk setiap baris...

BAHAYA MAKANAN GMO

Keputusan kajian GMO ini sering dikaitkan dengan tikus..so jangan hairan kerana memang ujikaji makanan atau ubat-ubatan khas untuk manusia akan dijalankan terhadap tikus terlebih dahulu kerana persamaan tikus terhadap manusia adalah sangat tinggi...



TRAGEDI TRYPTOPHAN
Satu bentuk genetik suplement L-tryptophan yang menyebabkan kematian 37 orang dan melumpuhkan beberapa ribu orang pada tahun 1989.

KENTANG GM MEMBAHAYAKAN TIKUS
Lewat 1990an, Arpad Pustzai, Ph. D, iaitu seorang ahli biologi molekul menjalankan kajian terhadap kentang yang telah diubahsuai secara genetik untuk Rowet Institut Penyelidikan di Scottland. Hasil kajian beliau terhadap tikus-tikus yang diberi makan kentang GM ini telah merosakkan tikus-tikus tersebut dari segi hati, organ lain, sistem imun dan usus tikus-tikus tersebut.

JAGUNG GM MEMBAHAYAKAN HAIWAN/SERANGGA AKUATIK
Satu kajian sekitar tahun 2007 yang diterbitkan oleh professor sains alam sekitar Universiti Indiana mendapati bahawa jagung GM menyebabkan peningkatan dalam kematian dan pertumbuhan terbantut dalam serangga akuatik yang menjadi sumber makanan terhadap binatang atau haiwan akuatik yang lebih besar seperti ikan dan amfibia..

JAGUNG GM MEROSAKAN HATI DAN BUAH PINGGANG TIKUS
Saintis Perancis telah menjalankan kajian dan disiarkan di dalam Arkib Pencemaran Alam Sekitar dan Toksikologi, mendapati gejala keracunan dan kerosakan hati dan buah pinggang pada tikus yang memakan jagung GM...

 

SOYA GM MENINGKATKAN KEMATIAN TIKUS DAN MENGURANGKAN KESUBURAN TIKUS BELANDA
Satu kajian telah dijalankan oleh Iirina Ermikova Negara Rusia Akedemi Sains pada tahun 2006 dan mendapati lebih separuh daripada bayi tikus yang memakan soya GM meninggal dunia dalam tempoh 3 minggu. Dalam kajian lain oleh saintis Rusia mendapati tikus belanda yang memakan soya GM hilang keupayaan untuk membiak dengan generasi ketiga dan pertumbuhan anak tikus juga perlahan dan kadar kematian adalah tinggi.

JAGUNG GM MENGANCAM JAGUNG ASLI DI MEXICO 
Di dlama artikel yang di keluarkan oleh majalah Nature, 2001, para penyelidik menyifatkan bagaimana gen daripada jagung GM boleh mencemarkan variasi gen jagung asli di Oaxaca, Mexico. Hasil penemuan itu telah mendapati pencemaran telah berlaku beribu-ribu batu dari tempat penanaman jangung GM dan ia mengancam pusat kepelbagaian biologi untuk jagung.

SOYA GM MEWUJUDKAN "GULMA SUPER"
Penggunaan luas herbisit glifosat yang digunakan dengan bertoleransi herbisit jagung GM, kaang siya, canola, dan kapas telah membawa kepada penciptaan rumpai tahan herbisit infesting berjuta-juta ekar tanah di ladang di seluruh Amerika Syarikat.



Saya harap dengan penjelasan serba sedikit tentang bahaya GMO ini akan membuka mata dan minda para pembaca tentang GMO ini.. 

Dan kerana bahaya GMO ini SHAKLEE telah mengeluarkan rangkaian produk yang bebas dari GMO iaitu ESP NON GMO... 



    
Ketahui kebaikan ESP di SINI

hubungi saya untuk maklumat lanjut:

fb: afzan zubairy
hp: 012-5393747





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Fully Design By Izza sakura | For Box4healthcare 2013 ©| Best View: Google Chrome